Tuesday, 14 June 2011

Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT

http://pdfsearchpro.com/penggunaan-ict-dalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaran-di-pdf.html


Sinopsis Artikel
Artikel ini berkaitan derngan penggunaan ICT dalam p&p dikalangan guru sekolah yang mana mengenai sikap, peranan ICT dan kekangan dan cabaran penggunaan ICT.
Perubahan budaya ,social dan politik yang dicetuskan oleh kemajuan  pesat ICT. Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan kemajuan ICT memberi  cabaran baharu kepada profesion perguruan .Kemajuan ini juga perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan . Terdapat beberapa kekangan dalam penggunaan ICT iaitu infrastruktur ICT yang tidak lengkap  dan tidak efisen, guru dan pelajar tidak dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran akan gagal . Pengetahuan dan kemahiran penggunaan computer merupakan factor penting. Usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan dalam kalangan pendidikan diperluaskan melalui kursus dan latihan yang berkesan perlu disarankan.

15 comments:

  1. Kekangan tetap ada, tetapi cara mengatasi dengan langkah yang bersesuaian perlu bagi penggunaan ICT di sekolah mencapai tahap maksimum.

    ReplyDelete
  2. Kita semua tahu bahawa ICT memang banyak kebaikannya. Tetapi kalau difikirkan kembali, bagi guru yang kurang mahir dalam penggunaanya memanglah banyak kekangannya.Tambahan pula, sebagai seorang guru, kita sering kekurangan masa demi mengejar silibus. Namun, sebagai seorang guru yang bijak dalam mengendalikan masalah, saya pasti semug guru dapat menangani semua masalah yang mendatang.

    ReplyDelete
  3. setuju dengan pendapat cikgu jalina,kekangan pasti ada ,sebagai guru kita perlu bijak untuk megimplementasikan penggunaan ICT mengikut keadaan .

    ReplyDelete
  4. semuanya bergantung pada niat dan usaha..apapun sbg guru kita haruslah sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan kita dlm bidang apapun sesuai dgn peredaran zaman..

    ReplyDelete
  5. Memang tak dapat dinafikan banyak kekangan yang terpaksa kita hadapi kalau nak guna ict antaranya ialah masa, prasarana yang tak lengkap dll. Cuma yang kita ada semangat ja... kalau semangat pun tak ada lagi susah.....

    ReplyDelete
  6. Penggunaan ICT amat penting sekarang.La dok tunggu lama sampai nak tumbang pokok tu.

    ReplyDelete
  7. Melihat murid-murid kita lebih mahir ICT,guru seharusnya sedar bahawa kita telah ketinggalan..Sebagai pendidik kemahiran ICT harus kita terokai..kekangan yang ada akan sedikit demi sedikit kita atasi apabila kemahiran ICT telah kita kuasai...

    ReplyDelete
  8. Kekangan masa tak timbul kalau kita buat persedian awal 2 .Bagi yang tak pandai boleh minta tolong kawan 2

    ReplyDelete
  9. Walaupun ICT penting dalam dunia pendidikan namun masih ramai guru yang buta IT...kita perlukan melakukan satu anjakan....

    ReplyDelete
  10. Penggunaan ICT perlu diselaraskan juga dengan tahap murid terutama bagi aktiviti berpusatkan murid. Bagi murid yang kurang mahir menggunakannya, ICT boleh jadi halangan...

    ReplyDelete
  11. guru perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk belajar ict bagi memantapkan lagi proses P&P.

    ReplyDelete
  12. Pada zaman sekarang penggunaan ICT amat penting untuk meningkatkan keberkesanan P&P guru.

    ReplyDelete
  13. Saya setuju dengan pendapat Cg. Norazlina tentang kepentingan penggunaan ICT dalam P&P kerana memudahkan kerja guru dan aktiviti lebih menarik.

    ReplyDelete
  14. Penggunaan ICT serta kepelbagaian teknik ,akan menjadikan proses p&p lebih berkesan.

    ReplyDelete
  15. penggunaan ict akan menjadikan pengajaran guru lebih hebat. Murid tidak jemu dan lesu ketika mengajar

    ReplyDelete